20 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniKemahiran Seni Kreatif (Bunga Telur) dan Teknik Pemasaran
Pada 19 Disember 2019, Pusat Internet Padang Besar Selatan telah mengadakan Kelas Seni Kreatif (Bunga Telur) dan teknik pemasaran menggunakan aplikasi Facebook Page bagi memasarkan produk yang di hasilkan bertempat di Pusat Internet Padang Besar Selatan.
Kelas ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti peluang menjana pendapatan melalui gabungan kemahiran seni kreatif dan teknologi secara interaktif menggunakan peralatan ICT. Kelas bermula dengan demo tutorial membuat bunga menggunakan telur kepada peserta. Kemudian peserta mengenalpasti peralatan dan bahan untuk membuat bunga telur serta di beri peluang dan bimbingan secara praktikal dalam proses membuat bunga menggunakan riben dan organza. Peserta juga di ajar tentang teknik mengambil gambar produk dengan betul.
Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada komuniti tentang peluang menjana pendapatan melalui gabungan kemahiran seni kreatif dan penggunaan ICT. Di samping itu, peserta juga mendapat penerangan tentang fungsi internet dalam bidang perniagaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: